Blue Bahia adalah sejenis batu granit yang mempunyai corak yang sangat unik dan mempunyai permintaan tinggi untuk peminat batu granit kerana coraknya yang memberikan sentuhan mewah untuk si pemilik kediaman yang menggunakan batu granit ini sebagai perhiasan dalaman rumah.

Blue Bahia berasal daripada Negara Brazil. Selain nama ini, batu granit ini juga diberi nama Azul Bahia. Warnanya yang biru menarik pandangan mata si penggemar batu granit. Dari jauh kita dapat melihat warna biru yang berbeza-beza dan coraknya mempersonakan.

Blue Bahia adalah batu yang berharga lebih tinggi berbanding batu granit yang lain. Batu ini sesuai untuk semua jenis perhiasan termasuk kauntertop dapur, hiasan dinding dan juga kaunter bilik mandi.

Blue bahia granit sekarang dapat dibeli di gudang Stone Ace , Kg Baru Subang, Shah Alam.