Secara amnya, kebanyakan orang telah mengetahui bahawa batu granit ini sememangnya sejenis batu semulajadi yang berkualiti tinggi. Batu granit adalah batu yang tahan lama, tahan panas, bersifat keras dan mudah dijaga. Anda tidak perlu risau jika menggunakan batu granit untuk dijadikan kauntertop kabinet dapur kerana sifatnya yang tahan panas dan lebih keras sememangnya sesuai untuk dijadikan kauntertop kabinet dapur . Bukan hanya sesuai dijadikan alas kabinet malah batu granit juga sesuai untuk dijadikan alas untuk lantai rumah anda. Ianya mudah dijaga kerana tidak mudah menampakkan kesan calar atau kekotoran .

Batu granit mempunyai daya tarikan tersendiri bagi penggemar batu semulajadi  kerana  coraknya yang unik sesuai untuk dijadikan apa jenis perhiasan sekalipun. Keadaan kediaman anda akan tampak lebih mewah dan eksklusif. Harga batu granit berbeza mengikut dari mana datangnya batu granit tersebut. 

Kelebihan mengatasi kekurangan Batu semulajadi.

Batu Marmar ataupun batu granit perlu diberi penjagaan yang rapi. Sekiranya ada cecair yang tertumpah di atas lapisan batu hendaklah dilapkan dengan kadar segera agar ianya tidak merebak hingga ke dalam lapisan batu.  Jangan sesekali menggunakan pencuci yang berasid seperti Ammonia untuk mencuci bahagian batu marmar atau granit kerana asid boleh menghakis lapisan batu tersebut. Gunalah “Sealer” dan produk pembersih khas untuk semua jenis batu semulajadi . Ini bukan alasan yang menghalang bagi  penggemar batu semulajadi untuk menjadikan batu marmar atau granit sebagai hiasan dalaman mahupun luaran rumah.

Sebagai langkah berjaga-jaga, perlindungan perlu diberikan terlebih dahulu pada lapisan batu. Contonya jika kita ingin menjadikan batu granit atau marmar sebagai kauntertop dapur mahupun lantai kediaman sapukan keseluruhan batu dengan bahan kalis air sebagai perlindungan. Ini dapat mengelak lapisan air menyerap masuk ke dalam lapisan batu. Ada pelbagai jenis perlindungan boleh dilakukan untuk menjaga kesempurnaan batu granit dan marmar. Kediaman yang menggunakan batu semulajadi akan rasa lebih sejuk dan selesa.